Differentiation

Differentiation. 4 pattern soalan yang kuar utk Differentiation: dy/dx=m<---- bila differentiate y=mx+c, we will only get m.. soalan akan tanya samada cari equation of tangent atau normal. ingat! bila differentiate y, m yang kita dapat adalah gradient bagi tangent.

good luck !

kepada sume pelajar cikgu form 4 and form 5 yang amik addmath, good luck for your midterm exam. walaupun 2 minggu lagi nak exam,buat persiapan awal.usaha+doa+tawakkal=kejayaan..

Al-Khawarizmi

Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi,..

Sunday, September 13, 2009

HINT!! (paper 2)

Posted by Cikgu NI'ma at Sunday, September 13, 2009 0 comments
Paper 2

  1. simultaneous eq - 5marks
  2. progression (arithemtic n geometric-dua2 kuar)-7 marks
  3. quadratic function - cari maks/min value dari equation yg diberi by completing the square. mungkin soalan blh jadi cari 2 unknown dari equation yang diberi. cam f(x)=3x^2-2hx-k apabila diberi titik min @ mask. - 7 marks
  4. trigo- tgk balik kosec tu apa???? 1/sin. secant tu apa?? 1/ cos. dari situ, kite kena prove equation yg diberi. lakar graf..tgk graf sin..huhu~. cari no of solution.
  5. statistics: interquartile
  6. integration - cari coordinate, area dan volume.
  7. linear law. cam biasa, kena reduce kepada linear form apabila diberi non-linear form.
  8. cooridnate geometry - midpoint, coordinate for a given ratio, cari equation/
  9. Normal distribution.
  10. yang lain tu cam biasa la.. solan pilihan, pilih 2 dari 4.
at the moment of typing this entry, saya tertidur..asyik2 tersengguk he,,tgh taip pesanan bawah ni pon blh tertido..huhu..ngantuk!!
gud luck..(tertidur lagi)

HINT!!! (paper 1)

Posted by Cikgu NI'ma at Sunday, September 13, 2009 0 comments
hint:
*sori lambat post. ni baru ada masa..hari ni pack sngt2 masa!
cikgu bgtau secara rawak je tau... 1 chapter mungkin ada lebih dari 1 soklan..
PAPER 1. (25 soalan, 80 markah)
  1. 1. Function - tgk absolute value function, mcmn lukis graf dan dapatkan range dari graf yg dilukis. Dari inverse function, f^-1(x) nak cari function biasa, f(x).
  2. quadratic equation & quad function - cari range jika variable apa2 tidak mempunyai punca- no real roots.mungkin ayatnya bertukar skit. (guna discriminant b^2- 4ac <0). Diberi graf, kite kena cari nilai bg maksimum/min value, pintasan x atau y, atau coordinate apa2.
  3. indices n log cam biasa..ada 3-4 soklan total up sume utk topic ni je: 9 marks.
  4. Progression - arithmetic, disuruh cari first term n common difference, Geometric plak disuruh cari common ration, hasil tambah, Sn dll
  5. Trigo - tgk balik rumus sin (A+B) atau sin (A-B)..fahamkan..kena tahu nak apply rumus ni bila.
  6. vector..cam biasa..
  7. Differentiation - rate of change.
  8. Integration - disuruh cari nilai k bila diberi limit integration tu dari -1 hingga k dan luasnya.
  9. Combination je kuar.
  10. normal distribution, binomial distribution.

Friday, September 4, 2009

Good Luck for your Trial..!

Posted by Cikgu NI'ma at Friday, September 04, 2009 1 comments
Semoga berjaya!!
Dedicated to my students (5SC 1, 5SC 3 and 5 Account). buat yang terbaik!! biarpun exam addmath lambat lagi (17 Sept 2009), tapi cikgu wish awal sikit supaya tak lupa. Time boring2 tu, buatla latihan..sambil menunggu berbuka puasa ke.. sambil memasak ke..semoga berjaya!! nnt cikgu postkan markah2 sume kat blog ni.. nnt blh cek.


ni gambar najmie yg curi2 guna hp cikgu waktu cikgu ngajar dlm kelas..ish..ish..ish..!
Suasana 5SC1. waktu ni pon cikgu tgh ngajar. sape yang guna hp cikgu waktu ni ye??? musykil2. (orang yang di'suspect' = Aina garnier-muke cam iklan garnier
Ni gambar waktu exam sejarah tadi. nampak kesungguhan pelajar2.Bagus2!!Ni gambar dari belakang dewan..
Semoga berjaya!

Markah Ujian 2

Posted by Cikgu NI'ma at Friday, September 04, 2009 0 comments
seperti yang cikgu janjikan, ni dia markah UJIAN 2 (bagi yang mendapat 40% dan ke atas)
tujuan cikgu bukan nak mengaibkan sape2..Anggapkan ia sbg cabaran!
  1. Amirul Nazmi 42
  2. Giri Chander 54
  3. Linggeswaran 78
  4. Mohd Hasif 40
  5. Muhd Shahmy 42
  6. Muhd Azim 42
  7. Nadzmi Azizi 42
  8. Nazirah 42
  9. Nur Shahidah 53
  10. Siti Nur Syamimi 54
ni plak senarai pelajar yang dapat markah hampir dgn 40%. Usaha lagi!!
  1. Siddiq 38
  2. Zakwan 36
  3. Atiqah 38
  4. Iwani 36
Dan yang lain-lain mendapat markah kurang dari 35%.. Jangan putus asa! cuba lagi!!
Pesanan khas buat mereka yang 'kurang rajin' membuat latihan..:
  • jgn bergantung 100% pada pengajaran cikgu di dalam kelas. you only get 40% from teaching and learning.. where is the other 60%??
  • utk lebih mahir buat latihan, buat sekuranr-kurangnya 3 latihan addmath sehari dan dalam MASA YANG TERPANTAS..so, takde lagi terdengar.." cikgu, mana sempat nk buat soalan ujian ni..! tak cukup masa!"
  • jangan mudah putus asa.. bila sekali rebah, jangan terus berubah menjadi lebih buruk.. Allah tidak menyukai hambaNya yang mudah berputus asa.--bila buat latihan, tak dapat,cuba lagi.. bila tak dapat lagi..cuba lagi.. bila tak dapat lagi, cuba lagi.. bila tak dapat lagi, muhasabah diri..mungkin kita pernah melakukan sesuatu yang menutup pintu hati kita dari menerima ilmu Allah. ilmu itu cahaya, tidak akan masuk ke dalam hati yang gelap dan tidak mahu menerima cahaya. oleh itu, beristighfarlah..insyaAllah kita akan rasa ketenangannya.
  • sebelum start bljr, baca doa. mohon pada Allah supaya dipermudahkan segala sesuatu yang susah, dibukakan pintu hati menerima ilmu, difahamkan segala sesuatu seperti mana ia dimudahkan kepada sahabat-sahabat nabi terdahulu..
banyak lagi sebenarnya....insyaAllah sharing lagi..

Friday, August 28, 2009

Format Addmth 2009

Posted by Cikgu NI'ma at Friday, August 28, 2009 1 comments
Objective Test: Short Questions
No. of Questions: 25 questions
Total Marks: 80 marks
Duration: 2 hours
L.O.D: L (15) , M(7-8), H(2-3)

Subjective Questions
No. of Questions : A (6), B (4/5), C (2/4)
Total Marks : 100
Duration: 2 hours 30 minutes
L.O.D: L (6) , M(4-5), H(4-5)

Akhirnya...

Posted by Cikgu NI'ma at Friday, August 28, 2009 0 comments
Alhamdulillah..akhirnya berjaya jugak buat blog khusus addmath utk pelajar2 cikgu..huhu~ harap pelajar2 'terhibur' dengan info2 dan soalan2 addmath yang cikgu post kat sini. Jika ada kelapangan, ckgu akan sentiasa update blog ini dari masa ke masa bagi memastikan pelajar2 cikgu beroleh manfaat dan sentiasa bertambah kekuatan dan keykinan utk mjwab soalan addmath bila-bila masa..tak kira bila nak spm ke..bila dah masuk U ke..atau bila adik2 kite tanya soalan addmath & masa tu kite dah habis sekolah..ingat, belajar bukan hanya kerana exam..kalau belajar kerana exam, waktu nk exam je ingat.tapi bila dah lepas exam,lupe terus. ilmu itu luas, terokailah ia tanpa rasa jemu..(",)

Khas buat:
Pelajar2 tahun 2009: 5SC1, 5SC3, 5 Account dan 4SC3 SMK Seksyen 7, shah Alam. Love U All!

Tokoh Matematik: Al-Khawarizmi

Posted by Cikgu NI'ma at Friday, August 28, 2009 0 comments

LATAR BELAKANG TOKOH

Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.

Beliau telah dilahirkan di Bukhara. Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.

PENDIDIKAN

Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah. Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad.

Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan astronomi. Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah. Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.

Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.

PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

Gelaran Al-Khawarizmi

Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-karismi, al-Goritmi atau al-Gorism. Nama al-gorism telah dikenali pada abad pertengahan. Negara Perancis pula al-Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism. Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.

Sumbangan Al-Khawarizmi Melalui Karya

Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :

  1. Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
  2. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.
  3. Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang.

Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini.

Hasil Karya Al-Khawarizmi

Sepertimana yang telah kita ketahui, Al-Khawarizmi dapat menghasilkan karya-karya agong dalam bidang matamatik. Hasil karya tersebut terkenal pada zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat.

Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah :

  1. Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum.
  2. ‘Mufatih al-Ulum’ : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang.
  3. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.
  4. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia mengenai algebra.
  5. Al-Amal bi’ Usturlab’
  6. Al-Tarikh
  7. Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.

Ketokohan al-Khawarizmi

Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri. Ketokohan al-Khawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi. Namun bidang matematik akan diperjelaskan secara terperinci berbanding astronomi kerana ia melibatkan kajian yang dikaji.

Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan hisab. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhor ketika zaman tamadun Islam. Antara karya-karya yang beliau hasilkan ialah ‘Mafatih al-Ulum’. Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam.

Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri. Masaalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan. Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah diperkenalkan al-khawarizmi sendiri.

Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq [pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang].

Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah yang salah satu daripadanyatelah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas Muslim dan orangSpanyol dan Kristian.

Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad. Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja.

Peribadi al-Khawarizmi

Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat. Al-Khawarizmi telah dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh orang Barat. Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sartonmengatakan “pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah doperolehi oleh orang-orang Timur....” Maka temasuklah al-Khawarizmi itu sendiri.

Al-Khawarizmi patu disanjungi kerana beliau adalah seorang yang pintar. Menurut Wiedmann pula berkata....’ al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga sains’. Setiap apa yang dinyatakan oleh penulis, ini telah terbukti bahawa al-Khawarizmi mempunyai sifat keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung oleh orang Islam.

Strategi Pengislaman Sains Matematik

Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan dengan beberapa perkara iaitu, ia hendaklah berlandaskan tauhid, syariah dan akhlak. Ini kerana ia perlu bagi tokoh-tokoh yanh beragama Islam supaya melaksanakan setiap pekerjaan atau tugasan yang mengikut undang-undang Islam.

  1. Tauhid

Tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam sepertimana dengan ilmu-ilmu Islam yang lain. Mengikut matlamat Islam, semuanya Ayyatullah [tanda-tanda Allah iaitu symbol kebesaran, kewujudan dan keEsaan Tuhan. Ungkapan yang wujud sewajarnya mencorakkan kegiatan matematik. Setiap falsafah dan epistemology sains matematik kita tidak harus diterima bulat-bulat tanpa syarat.

  1. Syariah

Berasaskan kepada undang-undang yang mengenali tindak tanduk masyarakat. Keharmonian dan tanggungjawab kepada umat dan hak diri. Dari sudut ini, ahli matematik Islam yang cuba menyelesaikan masaalah yang melibatkan perbuatan hukum syariah seperti judi, riba dan mencabar kebenaran hakiki daripada agama samawi untuk memperkukuhkan lagi Institusi. Oleh itu, matematik Islam hendaklah berkembang selari dengan keperluan manusia dan perkembangan ini juga harus di dalam sudut syariah.

  1. Akhlak

Ciri-ciri akhlak mulia hendaklah disemaikan kedalam matematik dan juga ia perlu dimasukkan kedalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat menerapkan nilai murni. Ilmu yang dipelajari contahnya akhlak yang terdapat dalam bidang matematik ini adalah penemuan aljabar yang melambangkan keadilan. Ini kerana keadilan itu dituntut oleh agama Islam itu sendiri. Melalui asas pradigma tauhid dan sya’iyah itu dapat memperkukuhkan lagi pembinaan akhlak.

Cabang Matematik

Antara cabang yang diperkanalkan oleh al-Khawarizmi seperti geometri, algebra, aritmetik dan lain-lain.

Geometri

Ia merupakan cabang kedua dalam matematik. Isi kandungan yang diperbincangkan dalam cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan utamanya ialah Kitab al-Ustugusat[The Elements] hasil karya Euklid : geometri dari segi bahasa berasal daripada perkataan yunani iaitu ‘geo’ bererti bumi dan ‘metri’ bererti sukatan. Dari segi ilmunya pula geometri itu adalah ilmu yang mengkaji hal yang berhubung dengan magnitud dan sifat-sifat ruang. Geometri ini mula dipelajari sejak zaman firaun [2000SM]. Kemudian Thales Miletus memperkenalkan geometri Mesir kepada Grik sebagai satu sains dedukasi dalam kurun ke6SM. Seterusnya sarjana Islam telah mengemaskanikan kaedah sains dedukasi ini terutamanya pada abad ke9M.

Algebra/aljabar

Ia merupakan nadi untuk matematik algebra. Al-Khawarizmi telah diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa Eropah pada abad ke-12. sebelum munculnya karya yang berjudul ‘Hisab al-Jibra wa al Muqabalah yang ditulis oleh al-Khawarizmi pada tahun 820M. Sebelum ini tak ada istilah aljabar.

Mathematic

Posted by Cikgu NI'ma at Friday, August 28, 2009 0 comments
Komponen Matematik:
  • arithmetic
  • algebra
  • geometry
  • analysis
  • statistics
  • calculus
 

Addmath itu Best Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez